Jumaat, 3 Februari 2012

sejarah

-Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru juga dikenali sebagai zaman prasejarah akhir muncul kira-kira 7000 S.M. hingga 3500 S.M.
-Oleh kerana masyarakat pada masa itu sudah mula tinggal secara tetap, mereka mula menceburkan diri dalam bidang pertanian dan penternakan.
-Masyarakat Neolitik terus mengorak langkah menceburkan diri dalam bidang-bidang lain seperti pertukangan dan perdagangan.
Isi
1.Menyimpan hasil lebihan hasil pertanian
-Apabila pertanian secara tetap dijalankan, berlakulah lebihan dalam keperluan. Lebihan keluaran tersebut ditukarkan dengan barangan lain yang diperlukan. Dengan ini berlakulah sistem barter.
2.Tumpuan terhadap sesuatu jenis pertanian
-Masyarakat Neolitik mula menumpukan perhatian kepada sesuatu jenis tanaman sahaja berdasarkan kepada kesuburan tanah. Tanah kuning loes sesuai untuk tanaman padi. Tidak hairanlah jika tanaman padi telah diusahakan di China sejak tahun 8000 S.M.
3.Pertempatan tetap
-Melalui kegiatan pertanian membawa kepada perkembangan petempatan kekal. Ekoran pertambahan penduduk yang pesat, manusia mula merancang tempat kediaman mereka untuk tempoh yang panjang.
-Rumah-rumah dibina dengan menggunakan sumber-sumber tempatan. Batu dan tanah liat adalah antara bahan utama yang digunakan untuk membina rumah.
-Lama kelamaan kawasan pertanian ini berkembang menjadi bandar dan negara kota. Antara petempatan awal yang memulakan corak pentadbiran mudah ialah Catal Huyuk di Turki yang diduduki sejak tahun 6000 S.M.
4.Perkembangan peralatan
-Kegiatan pertanian memerlukan peralatan bagi membantu memudahkan kerja-kerja pertanian. Antara peralatan yang dicipta termasuk tajak, cangkul dan roda.
-Perkembangan dalam teknologi peralatan ini seterusnya membawa kepada revolusi pertanian.
5.Pengkhususan kerja
-Perkembangan dalam bidang pertanian mewujudkan pembahagian tugas atau pengkhususan kerja kerana masyarakat Neolitik mempunyai lebih banyak masa untuk menghasilkan artifak yang lebih bermutu. Akhirnya muncul individu yang berjaya memikirkan cara untuk melebur logam di sesetengah kawasan.
Kesimpulan
-Revolusi pertanian bukan sekadar memberi kesan kepada aspek penanaman sahaja malah telah merubah budaya dan cara hidup masyarakat Neolitik.
-Seterusnya perubahan membawa pelbagai kesan dan menjadi asas pembinaan tamadun awal manusia.
Sejauhmanakah Revolusi Pertanian Menjadi Titik Tolak Kepada Kemunculan Tamadun Awal Manusia.
Pengenalan :
Latar Belakang Zaman Neolitik :
  • Sebelum munculnya tamadun, terdapat kelompok-kelompok masyarakat yang berselerak di merata-rata tempat menunjukkan bentuk kebudayaan,kebendaan, dan kerohanian yang berbeza. Semasa  zaman Neolitik, terdapatperbezaan-perbezaan yang disebabkan oleh percubaan manusia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan unsur-unsur kehidupan.
  • Kebudayaan Neolitik merupakan tahap terakhir zaman prasejarah dan dianggarkan bermula sekitar 7000 SM. Zaman ini menyaksikan perkembangan kegiatan pertanian dan penternakan binatang yang dikenali sebagai revolusi pertanian. Buat pertama kalinya manusia tidak bergantung sepenuhnya kepada persekitaran tetapi sebaliknya, berjaya menguasai persekitaran fizikal untuk memenuhi keperluan ekonomi mereka.
  • Berbanding dengan zaman Paleolitik, manusia Neolitik telah mengubah corak masyarakatnya. Revolusi pertanian telah menyebabkan kehidupan manusia bertambah kompleks dan memberikan satu asas yang kukuh untuk kemunculan masyarakat Bandar yang bertamadun.
Konsep Tamadun :
  • Gordon Childe, seorang ahli kaji purba Australia mengaitkan tamadun dengan proses perbandaran. Menurutnya, tamadun melambangkan suatu tahap pencapaian manusia dalam proses penyesuaian diri dengan persekitarannya. Pada titik itulah manusia berkumpul di sesuatu pusat yang dapat memenuhi kehendak mereka iaitu untuk memajukan tahap kehidupan.
  • Interaksi yang berlaku menghasilkan pertambahan pengetahuan dan pengalaman yang dapat melengkapi diri mereka dengan cultural potential untuk kehidupan yang lebih sempurna. Pengkhususan kerja berlaku dengan pengeluaran berlebihan. Ciri-ciri tamadun lain turut berkembang seperti sains dan teknologi, kesenian, agama dan sebagainya.
Isi :
Konsep dan Kepentingan Revolusi Pertanian Terhadap Kemunculan Tamadun :
  • Revolusi pertanian ialah keupayaan manusia mengawal bekalan makanan dan menawarkannya secara berterusan, penggunaan alat-alat yang khusus untuk pertanian yang lebih baik dan pemilihan jenis tanaman dan ternakan yang sesuai. Kelahiran revolusi pertanian telah memberikan kesan yang besar kepada kehidupan manusia pada zaman Neolitik dan menjadi penyambung kepada permulaan tamadun awal manusia. Kemajuan yang dicapai oleh manusia melalui revolusi pertanian membuka jalan kepada berkembangnyatamadun manusia. Sejak bermulanya kegiatan bercucuk tanam, menternak, dan wujudnya perkampungan, manusia mula membuat pelbagai inovasi untuk membolehkan mereka menguasai alam sekeliling mereka. Kawasan perkampungan pula makin berkembang dan akhirnya sekitar tahun 3000 – 4000 SM, muncul bandar-bandar sebagai pusat kehidupan manusia yangbertamadun.
Perubahan Corak Petempatan :
  • Manusia tidak lagi berpindah randah untuk memburu binatang dan mengutip makanan. Corak penempatan adalah lebih menetap dengan penanaman tanaman-tanaman makanan dan menternak binatang menjadi bertambah penting untuk menampung kehidupan. Ini mungkin ada hubungannya dengantamatnya zaman air batu apabila binatang-binatang yang biasanya diburu lenyap dengan pengunduran lapisan-lapisan air batu. Iklim yang lebih panasserta kemunculan pelbagai tumbuh-tumbuhan membolehkan manusia mengubah suai ekonomi memburu kepada ekonomi pertanian.
  • Didapati perkembangan penempatan-penempatan kekal dengan perkampungan diwujudkan di kawasan yang tanahnya subur dan berhampiran air yang diperlukan untuk kegiatan pertanian. Pada zaman ini, pertanian, penenunan, dan penternakan binatang yang berguna kepada manusia telah wujud. Masyarakatnya hidup menetap bercorak perkampungan dan manusia dapat berkumpul di sesuatu tempat dan hidup bersama-sama untuk menghadapi cabaran fizikal supaya persekitarannya dapat dikuasai dengan lebih berkesan. Oleh itu, kebudayaan Neolitik menjadikan asas perkembangan tamaduntamadunyang bersifat urbanisasi.
Pertambahan Penduduk :
  • Pertambahan penduduk memang mendorong masyarakat Neolitik untuk meneroka kawasan-kawasan baru yang tanahnya subur untuk pertanian. Ahli kaji purba telah membuktikan kebudayaan Neolitik yang tersebar meluas. Tapak-tapak Neolitik telah ditemui di Yunani, Turki, Iran, Syria, Turkestan, Mesir, dan Eropah. Walaupun tapak-tapak itu menunjukkan corak kehidupan yang berbeza-beza tetapi pada asasnya memperoleh ciri-ciri utama yang sama seperti pertanian, menternak binatang, penggunaan tembikar, membuat rumah, dan kemahiran menenun. Pertambahan penduduk menyebabkan lahirnya keperluan hidup berorganisasi yang akhirnya mendorong kemunculan tamadun awal dunia.
Perkembangan dan Kemajuan Kegiatan Ekonomi :
  • Perubahan orientasi ekonomi daripada sara diri kepada komersial. Mereka menyimpan lebihan hasil untuk meningkatkan pengeluaran. Proses pertanian dan pengairan yang terdapat di Mesopotamia dan Mesir membawa selangkah lagi kemampuan manusia untuk mengawal air sungai untuk tujuan pertanian secara besar-besaran misalnya tamadun-tamadun awal terletak di tebing sungai besar seperti Nil, Tigris-Euphrates, Indus, dan Hwang Ho. Peningkatan dan kemajuan ekonomi turut mendorong kemunculan tamadun awal dunia kerana kehidupan masyarakat bertambah baik dan kompleks. Contoh-contoh tanaman : gandum, filet, pokok papyrus, dan lain-lain.
Kemajuan Peralatan dan Teknologi :
  • Kebanyakan alat-alat walaupun dibuat daripada batu adalah lebih halus danjuga diubahsuaikan dengan keperluan pertanian. Hal ini menunjukkan manusia Neolitik adalah lebih inovatif dan kreatif. Terdapat tenggala dicipta untuk memudahkan pertanian dan roda untuk mengangkut hasil pertanian. Terusan dan tali air juga dibina untuk mengairi kawasan-kawasan pertanian. Contohnya syaduf, penggunaan baja, dan benih tanaman. Penciptaan roda bukan sahaja mengubah corak pengangkutan dan mempercepatkan perkembangan industri terutamanya industri kerja tangan untuk memenuhi keperluan agama dan sosial. Penggunaan roda sebagai alat industri, barangbarang yang dikeluarkan menjadi seragam dalam bentuknya dan juga dapat dijadikan barang-barang eksport. Roda dapat menggalakkan pertumbuhan perdagangan dengan tamadun-tamadun seperti perdagangan antara Mesir dan Mesopotamia dan juga antara Mesopotamia dengan Mohenjo-Daro.
Wujud Organisasi Sosial :
  • Institusi keluarga yang berasaskan unit pertanian kecil telah wujud dan mempunyai ketua bagi menjamin keselamatan kelompok. Wujudnya organisasi masyarakat membolehkan masyarakat hidup lebih sistematik dan berlakunya pembahagian kerja dan hieraki masyarakat iaitu golongan atasan seperti raja dan golongan bangsawan, golongan pertengahan seperti golongan professional, artisan, pedagang, dan golongan bawahan seperti rakyat biasa dan hamba. Kesannya, masyarakat hidup lebih selesa dan produktif serta mendorong kepada kemunculan tamadun awal manusia.
Permulaan Pengkhususan Kerja :
  • Wujudnya organisasi masyarakat membolehkan pembahagian tugasan harian. Golongan wanita terlibat dengan kegiatan pertanian manakala golongan lelaki terlibat dengan kegiatan memburu atau menternak binatang, golongan agama menguruskan urusan agama dan kepercayaan yang berkaitan dengan kuasa semula jadi yang menentukan hasil pertanian dan kebajikan masyarakatnya. Terdapat golongan yang menumpukan urusan penghasilan alat-alat baru pertanian seperti golongan petukang. Pembahagian tugasan kerja mempercepat perkembangan masyarakat bertamadun.
Perkembangan Sistem Kepercayaan :
  • Agama berpunca daripada kepercayaan kuasa semula jadi yang menentukan hasil pertanian dan kebajikan masyarakatnya. Kehidupan beragama menyebabkan masyarakat hidup lebih teratur dan sentiasa patuh kepada peraturan hidup. Kesannya, lahirlah masyarakat yang bertamadun dan hidup berperaturan. Contohnya, tamadun Mesir mempercayai bahawa firaun menguasai segala sumber alam semulajadi dan dianggap sebagai anak tuhan matahari (Amon-re).
Perkembangan Pemikiran Secara Konseptual :
  • Dapat dilihat dalam ciptaan seninya yang menandakan suatu perkembangan baru. Seni Paleolitik bersifat realisme yang diilhamkan melalui objek-objek nyata atau nampak. Seni Neolitik pula bersifat simbolisme seperti seni dalam penghasilan tembikar yang permukaannya dihias dengan pola-pola teometrik dan simbolik. Pemikiran konseptual mungkin merangkumi nilai-nilai agama yang berkaitan dengan dewa-dewa untuk menjamin hasil pertanian berlipat ganda. Perkembangan ini mendorong kemunculan tamadun awal manusia.
Penciptaan Sistem Tulisan :
  • Penciptaan sistem tulisan menjadi asas kepada kemunculan tamadun dan berlakunya penambahan pengetahuan serta melicinkan pengurusan ekonomi. Tulisan digunakan untuk mencatatkan peristiwa seharian, keagamaan, perdagangan, undang-undang, dan lain-lain.
Bentuk Muka Bumi/Lokasi/Iklim/Tanah-tanih :
  • Kemunculan tamadun turut didorong oleh keadaan bentuk muka bumi, lokasi, iklim, dan tanah-tanih. Sejak zaman Neolitik, masyarakat sudah bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka. Mereka memilih petempatan di tepi-tepi sungai, tepi pantai, dan tanah pamah. Pemilihan kawasan lembahlembah sungai sebagai kawasan petempatan disebabkan kawasan ini sesuai untuk kegiatan pertanian dan penternakan serta perdagangan. Di samping itu, mereka menguasai ilmu tentang iklim dan jenis tanaman.
Penghijrahan (Migrasi dan Imigrasi) :
  • Kemunculan dan perkembangan tamadun awal manusia turut didorong oleh penghijrahan iaitu imigrasi dan migrasi penduduk. Mobiliti penduduk berlaku apabila sesuatu kawasan pertanian dan petempatan yang lebih luas diperlukan kesan pertambahan penduduk. Migrasi penduduk turut berlaku akibat kegiatan perdagangan dan kemajuan teknologi pengangkutan seperti roda, layar kapal, kapal layar, dan sebagainya.
Tenaga Angin :
  • Angin digunakan sebagai punca tenaga yang menghasilkan corak pengangkutan baru dan peranan ( wind mills ) antara tamadun. Perdagangan jarak jauh menjadi satu kenyataan untuk mendapatkan bahan-bahan mentah bagi keperluan agama, industri, dan pembinaan bangunan serta memperkayakan ciri-ciri kebudayaan, akibat pertukaran fikiran, dan teknik perindustrian.
Kesimpulan :
Apa-apa yang berkaitan.

Huraikan ciri-ciri utama tamadun dengan merujuk kepada kemunculan tamadun-tamadun awal dunia.
PENGENALAN: ( 3 markah)
1. Konsep tamadun
  • Definisi :Tamadun merupakan satu konsep yang luas dan kompleks.Tamadun merujuk kepada pencapaian/kemajuan sesuatu masyarakat @ negara dalam bidang pengetahuan, pentadbiran, undang2, kepercayaan agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan, moral dan adat resam
  • Ciri-ciri:
      • Petempatan Kekal
      • Pembandaran
      • Organisasi Sosial
      • Kepercayaan Dan Agama
      • Sains Dan Teknologi
      • Bahasa Dan Sistem Tulisan
2. Latar belakang tamadun-tamadun awal:
  • Tamadun Mesopotamia
  • Tamadun Mesir
  • Tamadun Indus
  • Tamadun China
3. Faktor – faktor yang mendorong kemunculan tamadun
  • ­ Proses evolusi
  • Proses urbanisasi
  • Kemajuan sains dan teknologi
  • ­ Sungai
  • ­ Faktor angin
  • ­ Faktor bahasa dan tulisan
  • ­ Penciptaan roda
  • ­ Kewujudan organisasi sosial
  • ­ Pengkhususan kerja
  • Sistem agama dan kepercayaan
F1 Bandar Terancang

H1a. Tamadun Indus memperlihatkan beberapa ciri yang istimewa.
H1b. Peternpatan kekal yang wujud di lembah ini telah membawa kepada pembentukan bandar terancang.
H1c. Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok.
H1d. Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan, dan tempat penyimpanan hasil pertanian.
H1e. Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan. Bandar-bandar dalam tamadun ini dirancang dengan sebegitu rapi terutama dari sudut susun aturnya yang sistematik.
H1f. Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan, serta sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
H1g. Bandar-bandar dalam tamadun ini disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain.
H1h. Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang. Selain jalan raya bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.

F2 Organisasi Sosial

H2a. Berbeza daripada tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba, tamadun Indus tidak meninggalkan maklumat dan sumber yang jelas tentang organisasi sosialnya.
H2b. Jurnpaan arkeologi telah membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan atasan dan bawahan. Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang.
H2c. Kelas atasan yang utama ialah pendeta. Walaupun wujud dalam bilangan yang kecil, namun, para pendeta ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan kegiatan keagamaan.
H2d. Atas dasar keagamaan inilah, golongan bawahan memberikan ketaatan kepada golongan pendeta. Oleh sebab tiada bukti tentang kewujudan raja, maka, sejarawan berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.
H2e. Golongan bawahan pula terdiri daripada petani dan buruh. Golongan petani menjalankan aktiviti pertai-dan dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina ternbok di benteng, dan membina terusan.

F3 Pengkhususan Pekerjaan

H3a. Masyarakat di Lembah Indus juga mempunyai pengkhususan pekerjaan yang jelas terutamanya dalam bidang ekonomi. Masyarakat ini telah menjalankan pelbagai kegiatan ekonorni seperti perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan.
H3b. Aktiviti perdagangan secara khusus membabitkan perdagangan luar termasuklah dengan Mesopotamia. Hubungan dagang antara kedua-dua tamadun dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia.
H3c. Antara hasil perdagangan yang penting termasuklah emas, gading gajah, manik, dan hasil pertanian.
H3d. Petani pula menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan seperti barli, kacang, dan sebagainya.
H3e. Selain menjadi petani dan pedagang, ada ahli masyarakat yang secara khusus menjadi artisan. Mereka ini terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.

F4 Agama dan Kepercayaan

H4a. Masyarakat dalam tamadun ini juga dikenal pasti telah mempunyai satu amalan agama. Ini dibuktikan dengan penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan.
H4b. Antara yang paling penting termasuklah penemuan sebuah patung yang dirujuk sebagai patung proto-Siva.
H4c. Objek tersebut menunjukkan seseorang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk di kepalanya yang melambangkan Dewa Brahma, Vishnu dan Siva.
H4d. Kewujudan objek proto-Siva ini menjadi sangat penting terutama dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu kemudiannya.
H4e. Selain itu, masyarakat dalam tamadun ini juga percaya kepada Tuhan Ibu.
H4f. Perkara ini dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu ini turut berlaku dalam masyarakat yang mendiami Mesopotamia, Asia Kecil, Syria dan Palestin.

F5 Sistem Tulisan

H4g. Masyarakat tamadun Indus telah mempunyai satu sistem tulisan yang berbentuk piktograf.
H4h. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini tulisan tamadun Indus masih lagi menjadi misteri dan belum dapat ditafsirkan.
ISI: CIRI-CIRI TAMADUN ( 7 isi X 3 markah = 21 markah)
1. Urbanisasi
  • Manusia hidup tetap di sesuatu tempat
  • Mereka menetap di lembah2 sungai
  • Sebab; tanahnya subur dan bekalan air yang mencukupi untuk menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, penternakan dan perdagangan
  • Petempatan kekal bermula di Mesir sejak tahun 7000 S.M.
  • Berlakunya Revolusi Pertanian akhirnya membawa kepada kemunculan bandar2 Memphis , Dhilkah dan Thebes
2. Pengkhususan Kerja
  • Setiap anggota masyarakat mempunyai tugas dan peranan mereka masing2 seperti petani, penternak, artisan dan askar.
  • Pengkhususan kerja mempercepatkan lagi proses urbanisasi dan perkembangan tamadun.
  • Contoh; tamadun China
3. Organisasi sosial
  • Struktur dan organisasi masyarakat yang tersusun menggambarkan sesuatu masyarakat telah mencapai ketamadunan.
  • Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur.
  • Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas.
  • Diikuti golongan bangsawan yang memainkan peranan sebagai pentadbir.
  • Seterusnya ahli agama dan golongan pendeta untuk melakukan upacara keagamaan
  • Rakyat biasa yang menjalankan aktiviti ekonomi masing2
  • Akhirnya golongan hamba yang menjalankan kerja2 yang berat.
  • Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa dan harta benda
  • Contoh ; kehidupan berstruktur seperti ini jelas dalam kehidupan masyarakat tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja Hammurabi
4. Bahasa dan Tulisan
  • Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, @ berbentuk pepaku
  • Tulisan2 ini digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara.
  • Lambang2 bertulis merupakan alat yang melahirkan idea2 perundangan, pengetahuan serta memudahkan pengendalian pentadbiran, percukaian dan perakaunan.
  • Contoh; tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk merekodkan upacara keagamaan dan harta kuil.
  • Contoh; tulisan Cuniform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekodkan tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran.
5. Agama dan Kepercayaan
  • Terdapat amalan politeisme iaitu menyembah dewa-dewi.
  • Dewa/i juga dipercayai mempengaruhi kehidupan mereka.
  • Jika tidak disembah,dewa/i akan membawa malapetaka seperti banjir,dan kemarau.
  • Contoh; Tamadun Indus, mereka menyembah dewi bermuka tiga
  • Tamadun Mesopotamia terdapat penyembahan dewa/i yang banyak diadakan ketika upacara keagamaan di Ziggurat.
6. Kemajuan sains dan teknologi
  • Perkembangan tahap pemikiran melambangkan kemajuan sains dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal.
  • Mereka sudah pandai mencipta roda, layar kapal, terusan, tembok dan benteng.
  • Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan dan pengangkutan.
  • Kemajuan2 ini dapat dilihat dalam tamadun awal seperti Mesir dan Mesopotamia.
7. Estetika
  • Hal ini dapat dilihat dari segi seni bina, seni ukir dan sastera.
  • Contoh dalam tamadun Mesopotamia terdapat epik Gilgamesh yang menceritakan keperwiraan bangsanya.
  • Iliyad dan Odysey yang dihasilkan Homer juga banyak menceritakan tentang kejayaan dan pengembaraan orang Yunani.
KESIMPULAN: ( 1 markah)
Kemajuan dalam tamadun-tamadun awal menyebabkan masyarakat seterusnya mencapai ketamadunan yang lebih tinggi dalam semua aspek kehidupan.

Calon diminta membincangkan kepentingan revolusi pertanian pada zaman Neolitik terhadap perubahan corak hidup manusia dari segi pertempatan, pertanian, perdagangan, agama dan kepercayaan, perbandaran dan sebagainya.
Pengenalan
-Manusia tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada alam persekitarannya, sebaliknya mula menguasai alam persikaran fizikal untuk memenuhi tuntutan ekonomi.
-Kesan daripada revolusi pertanian menyebabkan kehidupan masyarakat Neolitik bertambah kompleks yang akhirnya mewujudkan masyarakat bandar yang bertamadun.
Isi
-Perubahan corak penenpatan manusia. Masyarakat zaman Neolitik tidak lagi berpindah-randah untuk mencari makanan seperti memburu binatang. Manusia mula menetap dan menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang.
-Bentuk kegiatan ekonomi mula berubah iaitu daripada ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial.
-Pertambahan jumlah penduduk membolehkan masyarakat Neolitik membuka kawasan-kawasan baru yang tanahnya subur untuk dijadikan kawasan pertanian. Ahli-ahli arkeologi telah menemui tapak-tapak penempatan di beberapa tempat seperti di Turki, Iran, Syiria dan Mesir yang membuktikan bahawa kebudayaan masyarakat Neoliik sudah tersebar luas di merata tempat.
-Peralatan dan teknologi yang dihasilkan pada zaman Neolitik lebih baik dan maju. Hal ini bermaksud peralatan yang dicipta lebih halus dan diubahsuai mengikut keperluan khususnya dalam bidang pertanian.
-Wujudnya pengkhususan pekerjaan seperti golongan lelaki memburu binatang dan golongan wanita bekerja di tanah pertanian.
-Wujudnya organisasi sosial kerana setiap golongan dalam masyarakat mempunyai peranan dan tugas-tugas tertentu. Golongan pemerintah berada di lapisan teratas.
-Masyarakat mula mempunyai agama dan kepercayaan. Agama muncul daripada kepercayaan terhadap kuasa semula jadi yang mempengaruhi hasil pertanian mereka.
Kesimpulan
-Revolusi pertanian telah mengubah corak kehidupan masyarakat Neolitik yang akhirnya membawa kepada kemunculan tamadun-tamadun awal seperti Mesir, China, Indus dan Sumeria.
Soalan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalammualikum And Hye Korang ,,
Dah Baca Kan Blog Saya?
Lau dah baca Tolong lah tinggalkan Comment Korang Kat Sini ,, SATU pun jadi lah ! Hehehe